Saidina Umar al-khattab

Dilahirkan dimekkah,

Seorang yang kuat menentang islam pada zaman jahiliyyah



mari saya kongsikan bagaimana Umar yang kuat fizikalnya ini boleh lembut hati memasuki agama islam
semasa Saidina umar dalam perjalanan untuk mmbunuh Rasulullah SAW, beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu kerana telah memeluk agama yang dibencinya.
Dalam perjalanan ke rumah adiknya, dia mendapati adiknya sedang membaca alquran. Dalam keadaan marah dan kecewa, beliau memukul adiknya.Apabila melihat adiknya luka, beliau meminta maaf dan meminta adiknya membaca sepotong ayat alquran.Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat - ayat alquran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk islam pada hari itu juga.Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.
Kesedihan Umar
Saidina Umat amat sedih dengan kewafatan baginda sehingga sanggup membunuh sesiapa sahaja yang mengatakan baginda telah wafat.Beliau ditenangkan oleh Saidina Abu Bakar, "Ssiapa menyembah Muhammad, ketahuilah bahawa baginda telah wafat, tetapi sesiapa yang menyembah Allah, ketahuilah bahawa Allah itu hidup & tidak akan mati."
Reformasi Saidina Umar
Ketika pemerintahannya, empayar islam berjaya menawan Mesopotamia (iraq), berjaya menawan empayar parsi, dan menawan mesir, palestin dan Amenia daripada cengkaman Byzantine. Dalam perang Yarmuk, walaupun jumlah tentera islam pada ketika itu dalam jumlah yang sedikit tetapi menewaskan tentera Byzantine yang ramai.Ini menunjukkan ketangkasan tentera islam ketika berperang.
Tentera Islam berjaya menawan baitulmuqaddis setelah pengepungan yang agak lama. Sophronius,Paderi Besar Baitulmuqaddis menyerahkan kunci kota kepada Saidina Umar lalu mengajak Saidina Umar bersembahyang didalam gereja besar kristian iaitu Church of the Holy Sepulchre, tetapi menolaknya kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan kristian.Beliau bersembahyang tidak jauh daripada gereja tersebut,setelah 50 tahun tempat dimana Saidina Umar solat telah dibina sebuah masjid yang bergelar "masjid umar".
Beliau menubuhkan pentadbiran baru di negara- negara yang telah ditakluk dan melantik panglima- panglima perang yang berkebolehan.Beliau juga membina kota- kota besar diiraq iaitu kota basra dan Kufah
Wafatnya Al- farooq
Dibunuh oleh Abu Lu'lu'ahatau Fairuz, seorang hamba majusi (penyembah api) yang mempunyai dendam dengan Saidina Umar.Dia menikam Saidina Umar sebanyak 6 kali sewaktu menjadi Imam di Masjid Nabawi, Madinah.
Beliau meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan disebelah makam Nabi Muhammad saw dan makam Saidina Abu Bakar.


0 Orang-orang cute memberi komenn: