Hargai sesuatu sebelum terlambat

Mamat, merupakan seorang anak yang baik, taat pada perintah agama, dan jugak seorang yang agak berada..

Dia jugak amat mementingkan kesenangan hidup sampaikan akhirnya dia dapat semua benda yang dia idam kan.. Boleh dikatakan , dia ni dah berjaya la dalam hidup..

Mamat ni tinggal bersama Ibunya yang semakin meningkat usia. Tapi sayang, dek kerana kesibukan Mamat mengejar kejayaan hidup, boleh dikatakan, dia hanya mampu bertegur sapa dengan Ibunya pada hari Ahad saja.. Hari hari lain , tiada kesempatan.. Ma

klum saja,bila dia balik kerja , Ibunya sudah tidur, Memang tiada masa untuk berjumpa, berborak , mahupun bergelak ketawa..

Kemudian, hari berlalu dengan amat pantas. Tanpa Mamat sedari,Ibunya makin dimamah usia. Sehinggakan satu hari, Ibunya berkata kepada Mamat ..

" Mat, tolong tengok tangan mak sat, mak kena minyak panas waktu mak goreng ikan keli kat dapur"

Mamat yang tengah sibuk ketika itu,menjawab..

" Alaa.. Mak , Mamat sibuk ni, satgi balik satgi la mama

t tengok ! Mamat nak pi meeting ni"

Lalu, dengan penuh tergesa gesanya, Mamat pun keluar dan meninggalkan Ibunya yang masih menadah tangannya yang melecur itu....

Pada malam tu, Mamat pun balik kerumah, teringin rasanya dia makan ikan keli.. Sesampainya dirumah, terus sahaja dia makan nasi dengan ikan keli yang digoreng oleh ibunya .. Setelah selesai menjamu selera, hatinya terdetik mencari ibunya.. Mamat

pun bergegas ke bilik ibunya..

Mamat membuka pintu bilik ibunya dengan penuh berhati hati.Mamat lihat Ibunya sedang tidur sambil memegang sesuatu.. Mamat pun dengan perlahan-lahan mengambil benda yang dipegang oleh ibunya.. dia menangis bila melihat benda yang ibunya pegang tu adalah...

" Gambar gambar disaat dia dan ibunya tak sesenang sekarang.. Setiap gambar itu terpampang ibunya memegang tangannya setiap masa, "

Air mata Mamat mengalir secara tiba tiba, dan beliau terus memegang tangan ibunya yang melecur teruk tu.. Mamat cium dan usap usap dengan penuh lembut.. Kemudian,Mamat panggil dengan perlahan..

" Mak .. Bangun mak.. "

Ibunya tidak menyahut langsung.. Kemudian Mamat memanggil lagi dengan rintihan digenangi air mata..

" Mak.. Mamat dah balik mak.. Mamat nak pegang tangan mak.. "

Ibunya masih tidak menyahut.. Kemudian, semua nya kelam... Ma
mat tersedar dia di kubur arwah ibunya.. Sambil sapu air mata, beliau tersenyum sendiri... Tersenyum kerana kebodohan dia sendiri yang mementingkan harta kekayaan daripada harta yang paling bernilai dalam hidupnya.. Sesekali beliau melihat batu nisan , sesekali jugak beliau terkenang bagaimana ibunya memegang tangannya dari kecil, sampailah dia sudah berjaya.. Tangan itu tak pernah terlepas.. Tapi Mamat?

0 Orang-orang cute memberi komenn: