Islam

Assalammualaikum semua..
alhamdulillah,,
masih lagi berhembus nafas pada ketika ini..
masih lagi mata kita mampu berkelip...
bersyukurlah,, jangan lupa untuk bersyukur padaNya


Hari ini saya mahu berkongsi tazkirah yang bertajuk
ISLAM


Islam berasal daripada perkataan "salima"
maknanya aman dan sejahtera


Apa itu ISLAM?

Rasulullah saw bersabda:

"Islam itu bahawa kamu menyaksikan tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah
dan Nabi Muhammad itu Rasulullah, mndirikan solat, menunaikan zakat,
berpuasa dibulan ramadhan, dan mengerjakan haji jika mampu
"

(Riwayat Muslim)
Apa istimewanya Islam?
  • islam datang dari Allah swt.
  • Syumul @ lengkap (smua perkara yang kecil seperti adab masuk tandas sehingga perkara besar seperti pemerintahan negara)
  • Universal (tidak membezakan warna kulit, bahasa dan lain-lain)
  • Waqiah (ajaran yang sesuai untuk sepanjang zaman)
  • Inqilabiyyah (mesti diamalkan secara keseluruhannya,bukan separuh-separuh)
  • Teguh (dengan prinsip) & fleksibel (contohnya solat ketika sakit boleh dilakukan secara duduk @baring)
  • Adil
  • Ajarannya senang (sesuai dengan fitrah manusia, contohnya ibu yang hamil yang bimbang akan kesihatan anak dalam kandungan dan orang tua yang tidak berdaya dibolehkan berbuka puasa)
  • Tiada paksaan

Syumulnya Islam dengan adanya:
  • Aqidah
(kepercayaan kpd Allah tnpa ada sdikit kraguan)
  • Ibadah
(suatu pengabdian kpd Allah, segala pekerjaan&amalan dilakukan smata-mata kerana Allah)
  • Syariat
(perundangan yang telah ditetapkan oleh Allah, contohnya berzina disebat sebanyak 100 rotan, berzina walaupun manusia menganggapnya sebagai zalim, tetapi perbuatan ini mendatangkan penyakit Aid, setiap syariat mempunyai hikmah tersendiri diluar jangkaan akal manusia)
  • Akhlak
Saidatina Aisyah ra. pernah menyifatkan Rasulullah SAW, dengan kata
"Akhlak Rasulullah SAW adalah seperti Al-quran"
(sifat-sifat mulia seperti jujur, ikhlas, amanah dan berhemah tinggi)
  • kebudayaan
(Islam mempunya kebudayaan tersendiri, Contohnya kaum wanita mestilah menutup aurat, dan kaum lelaki menutup diantara pusat dengan lutut dan dilarang memakai sutera& emas)

  • Ilmu pengetahuan
"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim"
(ilmu adalah alat untuk beramal ke arah yang betul dan mendidik diri membentuk akhlak yang sempurna,
bukan untuk menindas mahupun menipu manusia lain untuk kepentingan diri)

  • Politik
  • Dakwah
(mengajak manusia untuk ingat Allah, & abadikan diri kepada Allah, contonhya ajak seorang ustaz mengajak mamat-mamat yag lepak ditepi-tepi jalan untuk mengerjakan solat disurau)


  • Mu'amalah (pergaulan)
(menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, adab berjiran, adab memasuki rumah orang)
  • Jihad
(Maksudnya, pengerahan individu muslim dalam mempertahan islam dan menyebarkan islam demi mendapatkan mardotillah)
(terdapat beberapa bentuk, lisan, harta kekayaan, jiwa & jihad memerangi musuh)
  • Sistem kekeluargaan
Rasulullah bersabda :
"Nikah adalah sunnahku,maka ssiapa yang tidak bramal dgn sunnahku, maka ia bukan dari kalangan aku"
(Ikatan perkahwinan untuk menghalalkan pergaulan antara lelaki& wanita)






Adaptasi drpd silibus usrah :)




~Wallahualam~








0 Orang-orang cute memberi komenn: