Imam hassan al banna

Assalammualaikum semua..
^_^

InsyaAllah...

hari ni tajuk pejuang islam yang saya pilih ialah..

Imam hassan Al-banna

pasti ada yang kenal,,

mungkin ada juga yang tidak,,


mari kita kenali beliau




Nama penuh beliau Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna

Lahir pada tahun 1906 diMesir

Beliau mrupakan pngasas gerakan Al-ikhwan almuslimin


IKHWANUL MUSLIMIN


Gerakan Ikhwan Muslimin ditubuhkan pada Mac 1928
Beliau melaksanakan matlamatnya dengan memberi kelas malam kepada keluarga anak muridnya.
Beliau juga berceramah di masjid, malah dikedai kopi (tabiklah!)
Beliau melaksanakan konsep pelaksanaan islam tanpa kontroversi dengan agama lain

Beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946,
setelah 19 tahun dalam bidang perguruan
untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan kepada masyarakat.


Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu :

  1. memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan.
  2. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad
  3. seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas.
Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.


Pengaruh Ikhwan yang semakin kuat amat dikhuatiri dan ditakuti oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. (kejamnya!)
~Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan Muslimin.

SYAHIDNYA BELIAU

Ketika keluar dari bangunan pertubuhan Ikhwan Muslimin bertarikh 12 feb 1949,
beliau telah terbunuh kerana terkena tembakan.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital
Pmbunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.
Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.


0 Orang-orang cute memberi komenn: