sahabat terbaik


Usah kamu bersangka bahawa sahabat mu yang sering menegur mu itu
adalah orang yang paling bertaqwa.

Usah kamu berfikir bahawa sahabat mu yang sering menasihati mu itu
adalah manusia yang tidak pernah diuji.

Usah kamu beringat bahawa sahabat mu yang tegas beragama itu
adalah manusia yang paling sempurna.

Hakikatnya, dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua.
Dia menasihati mu untuk dirinya turut berjaga-jaga.
Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka.

Sahabat mu itu bukanlah MALAIKAT.
Dia juga MANUSIA biasa.

Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama.

Moga Allah meredhai kita semua menuju ke arah jalan-Nya.




2 Orang-orang cute memberi komenn:

Cik Yuyu said...

:) bagus jugak ada tag2 ni kan. lagi close gtu.

fatni2701 said...

:)